Jul 1, 2014

Ayhnd.

Bonda,
Kita memang tak pernah kawan baik
Bila kita gelak senyum
Terasa ganjal pelik
Tp yelah
Kadang kadang yang terang
Tak sama dengan apa yang aku katakan
Kita semakin jauh
Bila ayahanda tinggalkan kita
Waktu aku masih kecil
Dan memerlukan kehangatan kasih sayang
Dia melangkah tanpa kata pergi
Sedang aku tidak sedia
Aku hampir gila
Hati aku semakin hitam kelam kejam
Yang aku perlukan hanya lah
Kehangatan kasih dia
Yang akan pujuk bila aku bersedih
Akan menjadi nombor 1 di hati
Akan selalu ada
Akan dodoikan aku bila mahu aku tidur
Akan menjadi bahu untuk air mata dan bahu ini
Akan mengusap lembut rambut
Akan menjadi badut
Akan menjadi wali bila aku kahwin nanti
Akan duduk bersama di berandar sambil cerita masalah


Apa permintaan aku ini
Terlalu tinggi melangit?



No comments:

Post a Comment